Monday, December 21, 2009

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA DIA

Tolong beritahu dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan dia. Aku terpikat kerana iman bukan rupa..


Tolong ingatkan dia.
Aku lebih cintakan zuhud bukan harta..

Tolong ingatkan dia aku mengasihi kerana santun..
Tolong tegur dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan dia, usah ucap sebarang kata di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada dia.

Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada dia,
hubungan akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui di mana dia.. Moga dia menjadi bak seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

SURAT HAWA KEPADA ADAM

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu,aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata.

Padahal, kau duduk saja.

Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sajaaku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa?
Mengapa begitu ADAM?

Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar!

Adam kau selalu
berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu,
apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
psikologi Muhammad terhadapmereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalahketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kaulalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku...akalku satu
nafsuku beribu!

Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa,
lalai dan alpa,
sering akutergelincir ditolak sorong oleh nafsu dankuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kitatunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku
yang akan memerintah.


Malulah engkau Adam,
malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu...

Oh Adam…

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari
landasan,
kerana aku buruan syaitan.


Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku
lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya

Jikabilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya
merahlahdunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,

Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitumaka tidak selaraslah undang-undang Allah
yangmengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidaklebih dari empat pada satu waktu.


Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku.

Tapi... aku risau,
gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan

kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam
redha Tuhanku
danTuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan

Asalnya Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan,
di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah
seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini?

Sunday, December 20, 2009

CIRI-CIRI SUAMI PILIHAN,,MAKE THE RIGHT CHOICE!




KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.

Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan.

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…



1-Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopantutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.


3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam?


4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


5-Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidakmengamalkan cara hidup bebas.


8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.


10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.



Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

CINTA TANPA SYARAT

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.


Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…


NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!


Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.
Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.
Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:


1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.


2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.


3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.


4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.


5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.



Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

KU T'LAH JATUH CINTA

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya

Engkau
Allahu Rabbi


Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengankasih-Mu dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah
Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin !

~ CINTAKU ~CintaKu tercurahkepada orang-orang yang salingberkasih sayang pada jalanKu.

CintaKu tercurahkepada orang-orang yang salingmenghubungkan silaturrahim pada jalanKu

CintaKu tercurahbagi orang-orang yang salingnasihat-menasihati pada jalanKu

CintaKu tercurahkepada orang-orang yang salingziarah menziarahi pada jalanKu dan keranaKu

CintaKu tercurahkepada orang-orang yang salingmemberi pada jalanKu dan keranaKu

Orang-orang yang saling berkasih sayangpada jalanKu

dan keranaKuakan disuruh berdiri diatas mimbaryang dibuat dari nur yang diinginkan pada

para Nabi

para siddiqin dan syuhada

BATAS PERGAULAN BUKAN HANYA FIZIKAL, MALAH MENTAL DAN SPIRITUAL

-Dr Danial Zainal Abidin,


CIRI insan cemerlang berlandaskan agama mengambil kira isu pergaulan antara lelaki dan perempuan yang perlu difahami secara menyeluruh.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin (iaitu yang bukan mahram) perlu dijaga agar tidak terbabas daripada tuntutan syariat serta akhlak.

Batas pergaulan ini bukan hanya membabitkan fizikal, malah mental dan spiritual.Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)Al-Quran menyebut ‘jangan mendekati zina’ sebagai langkah langkah kewaspadaan menjaga pergaulan berlainan jantina agar tidak terlanjur kepada perzinaan yang secara popularnya disebut sebagai pergaulan seks bebas.

Antara langkah menjauhi perzinaan atau seks bebas:

1. Menjauhi zina minda Contohnya, jika seseorang lelaki duduk berjauhan daripada seorang wanita, tetapi mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan wanita itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan daripada wanita itu. Dia sebenarnya sedang melakukan ‘zina minda.’ Kes begini banyak terjadi di alam siber, melalui internet chatting, bertukar gambar di e-mel dan internet TV. Perlakuan ini perlu dijauhi, jika telah terlanjur melakukannya banyakkan beristighfar.

2. Menjauhi zina mata Demikianlah juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan ‘zina mata.’ Sahabat Rasulullah SAW, Jarir bin Abdullah, pernah berkata: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak disengaja, maka sabdanya: "Palingkanlah pandanganmu." (Hadis riwayat Muslim)Nabi juga bersabda kepada Saidina Ali: "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." (Hadis riwayat Abu Daud).Demikian juga melihat gambar wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat, separuh bogel di depan mata, televisyen, paparan komputer dan juga papan iklan tepi jalan. Banyakkan beristighfar, minta ampun daripada Allah. Namun, pandangan pertama kali adalah dimaafkan seperti maksud hadis di atas

3. Menjauhi daripada berdua-duaan Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Justeru, ia dilarang oleh agama.Berhubung perkara ini, Nabi bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis riwayat Ahmad).Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat

4. Menjauhi daripada bersentuhan Jika melihat seseorang wanita dengan syahwat dilarang oleh agama, bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah lagi. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan: "Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya."Dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, "Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." (Hadis riwayat Thabrani)Bagaimanapun, pergaulan antara lelaki dan wanita bukanlah dilarang secara 100 peratus. Apa yang dilarang ialah pergaulan bebas. Namun dalam suasana tertentu yang terkawal ia diizinkan, contoh, ketika menuntut ilmu dan berjual beli.

A friend...A to Z

A FRIEND.... is A to Z

A ccepts you as you are
B elieves in "you"
C alls you just to say "HI"
D oesn't give up on youE nvisions the whole of you (even the unfinished parts)

F orgives your mistakes
G ives unconditionally
H elps you
I nvites you over
J ust "be" with you

K eeps you close at heart
L oves you for who you are
M akes a difference in your life
N ever Judges

O ffers support
P icks you up
Q uiets your fears
R aises your spirits

S ays nice things about you
T ells you the truth when you need to hear it
U nderstands youV alues youW alks beside you
X -plains things you don't understand

Y ells when you won't listen
&
Z aps you back to reality

Our Friendship is a blessing to me, Thank you for being my friend!