Sunday, January 17, 2010

CINTA APABILA FITRAH MENJADI FITNAH

di petik kt sebuah majalah.. x ingatla majalah mana...

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..
CINTA FITRAH SEMULA JADI
Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
CINTA YANG MEMBAKAR DIRI
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan- Nya.

Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANG
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
PERATURAN CINTA
Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada berdua-duan, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Dan ..last sekali………..
Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba- Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

WANITA IDAMAN

Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA….

WANITA IDAMAN….

wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah
wanita idaman lelaki ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
wanita idaman lelaki…yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..

jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat
memilik

Wednesday, January 13, 2010

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN)- JOM MASUK U 2010

‘JOM MASUK U’
TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian
Tinggi
yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas
positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum
dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature
programme” Kementerian Pengajian Tinggi.
KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi mendidik dan
memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini
mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

2.1 Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre)
bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa,
guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang
pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf
dan STPM/Setaraf;

2.2 Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan
pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan
kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian;

2.3 Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan
Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 %
markah kokurikulum;

2.4 Menerangkan kaedah permarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang
diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan
Kemasukan ke IPTA ; dan

2.5 Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian
baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik
2010/2011.
KUMPULAN SASARAN
a) Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar
· Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain
· Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (GBKS), Kaunselor,
guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
b) Sasaran kehadiran ke pameran pendidikan 150, 000 hingga 200, 000
pengunjung.

AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI
NEGARA – ’JOM MASUK U’ TAHUN 2010 :

· Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran
oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM),
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
(JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
· Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
· Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung;
· Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
· Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,
Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat
Bimbingan dan Kaunseling

PAMERAN PENDIDIKAN
Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT
seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi
(BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN),
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian
Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian
Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri
(MGBK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM),
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta
lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

FORUM
Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan
dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Jabatan Pelajaran Negeri,
Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi
UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti akan menentukan senarai Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK), kaunselor termasuk GBK dari Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah,
Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh
BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.

Tuesday, January 12, 2010

PENGHANCUR PERSAHABATAN

Penghancur Persahabatan

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama karenanya. Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah. Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi penghancur persahabatan antara lain:
1. Masalah bisnis UUD (Ujung-Ujungnya Duit) 2. Ketidakterbukaan 3. Kehilangan kepercayaan 4. Perubahan perasaan antara lawan jenis 5. Ketidaksetiaan. Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya. Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. "Dalam masa kejayaan, teman� mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman� kita." Ingatlah kapan terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai? Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satu pun yang dapat anda berikan? Merekalah sahabat� anda. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

CINTA REMAJA TIADA MAKNANYA, XSETUJU? RENUNG2KANLAH...

Ya. Siapa tidak tahu lagu Pencinta Wanita ini? Para remaja malah belia sibuk mensiulkannya. Tidak hairan. Bukan setakat lagu ini. Setiap musim dan setiap tahun pasti ada lagu yang juaranya. Pasti ada artis yang mempeloporinya. Bukan baru. Sejak era Televisyen warna, malah sejak peneganalan televisyen hitam putih dan suasana sebuah radio satu kampong di tahun-tahun 60-an, 70-an awal kemerdekaan tanah melayu, lagu-lagu cinta telah rancak berkumandang di seluruh Negara. Dari zaman p ramlee sampai Dian Sastrowardoyo, kini Irwansyah, tema cinta akan bersemi selamanya dalam arena seni Negara, dominan dalam masyarakat, sehingga diperdengar di kafe-kafe, dalam bas, kereta peribadi, rumah-rumah, malah festival-festival, besar atau kecil. Nama Asmawi Ani barangkali masih belum lenyap ditimpa tsunami zaman.

Cinta diperhebat. Sms on cinta. Iklan yang selalu mengisi iklan televisi. Ada apa dengan cinta barangkali sudah dikira filem lama. Juga Cinta Kolestrol. Filem "Cinta" tajaan Shurah - yakin dan suci -, sebuah kisah tentang kasih pun belum tentu filem terbaru. Kisah cinta artis mencintakan lagi cinta. Mawi dan Ina adalah sebuah kubur cinta. Cinta zulaikha lain pula. Ruangan Hiburan akhbar perdan Utusan Malaysia pun tidak terlepas soal artis dan cinta, apalagi lambakan tabloid yang terbilang, walaupun mungkin tidak cemerlang. Belum berbicara soal cinta antarabangsa.

Malaysian Idol, Akademi Fantasia, dan sebilangan lagi program perdana Negara menyemarakkan lagi bunga-bunga cinta. Keabadian Cinta, Menyemai Cinta Bersamamu, dan pelbagai lirik cinta lagi. Budak-budak sekolah pun sejak kecil lagi diajar bercinta. Tentang Cinta Kanak-kanak barangkali adalah tajuk tepat Tentang Bulan.

Iklan di mana-mana adalah iklan pasangan cinta. Setiap hari anda dapat melihat. Di kaca TV, di papan iklan tepi jalan, di koc-koc tren, di mana-mana, iklan-iklan peragaan pasangan lelaki dan wanita. Iklan-iklan syarikat telekomunikasi adalah bukti yang nyata.

Karnival-karnival dan konsert-konsert adalah perhimpunan umum dan tahunan pasangan-pasangan cinta. Dari seluruh pelosok kota, mari kita berkumpul dan bersuka ria. Peduli apa, dunia ini kita yang punya. Sampai pagi, macam tidak biasa. Kita anak muda. Gwen Stefani, layan saja. Konsert merdeka, merdekakan diri kita dari segalanya! Dunia tanpa batas slogan kita.

Cinta adalah dunia kita. Cinta adalah media kita. Cinta adalah persekitaran kita, di mana-mana, orang bertuturkannya, di mana-mana orang bercinta. Di mana-mana, setiap tika, para remaja bernafaskan oksigen cinta, makan minum cinta bersama si dia, menghirup sup cinta, jus cinta, membaca cinta, bermain cinta, berborak cinta, bercinta cinta, memandang dengan mata dan hati cinta, serta nafsu diraja. Cinta adalah restu ibu bapa kita, asal tidak cemar nama keluarga. Cinta adalah promosi perdana. Cinta adalah bi'ah (suasana) kita. Cinta adalah tarbiyah (pendidikan) kita. Cinta adalah lagu siulan kita, cinta adalah filem tontonan kita, sardin "cinta" ada di pasaran kita, cinta adalah makanan kita, cinta adalah wine dan beer yang kita mabuk kerananya.

Cinta dan cinta. Memenuhi jiwa. 24 Februari hari kita meraikannya, secara perdana. Di KLCC, mall-mall, taman-taman, jalan-jalan, restoren-restoren, bahkan di kilang-kilang, di kampus pengajian, di warung-warung dan di mana-mana. Kita hadiahkan bunga cinta. Kita makan malam cinta, kita pasang lilin cinta, dan kita lena dalam penat cinta. Kita mimpikan cinta, mengigau cinta dan angau cinta.

Bangun-bangun, "aku pencinta wanita" sudah bergema. Dunia telah asyik dalam cinta, hingga "remaja bercinta" adalah biasa. Maaruf (yang terkenal). Siapa yang tidak bercinta, dia pelik (gharib), ajaib. Mundur. Hina. Tiada kelas. Tidak laku. Tak cool. Ketinggalan zaman. Dan sebagainya.

Dengan hebatnya tiupan taufan cinta, besarnya gelombang ombak cinta, melatanya pasangan-pasangan panas cinta, lalu, semua orang pun mahu bercinta. Remaja bingkas. Berlumba. Berduyun-duyun. See you d IPT. Fon genggam dan kecanggihan teknologi ICT, membantu tumbuh segarnya cinta. Cinta temu fizikal dan cinta temu maya. Fon bordering. Sms sent. Buzz!! Icon J ... mms. suburnya cinta, dibantu teknologi maya. Dari ladang maya kasih, tumbuh segar cendawan cinta, selepas hujan propaganda massa media. Restoren-restoren cinta dipenuhi para remaja, gadis muda mudi, memadu cinta dalam burger kea-ef-si, menghirup beer akar a&w, membahagi pecahan tepung italia di pondok pizza, meleseri kaki lima puluh pasar-pasar mega, bertenggek berdamping dalam gelap panggung, menjerit meraung seronok dalam koster berpusing, berbasah kuyup dalam ombak pantai cinta, dan seribu dua puluh tiga keseronokan apabila dua remaja lain jantina bersama.

Lalu, apa? Salahkah cinta? Bukankah kita dijadikan berlainan bangsa dan jantina, supaya saling mengenal dan bercinta? Jangan hendaknya kita saling bergaduh dan huru hara sesama kita? Cinta masa remaja, itu kan seperti satu fasa persediaan menghadapi hidup sebenar berumah walaupun mungkin tiada tangga? Kalau saling tak mengenal, bagaimana mahu membina bahagia di masa depan sana?

Ya, remaja. Kami pun pernah remaja, dan kami amat memahami jiwa remaja. Remaja memang butuhkan (perlukan) cinta. Ya, cinta memang tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada salahnya pada cinta. Setiap orang membutuhkannya. Maka, tika engkau sudah membutuhkannya, wahai remaja, bercintalah kamu dengan cinta yang benar dan sebenar. Iaitu kahwinlah! Kerana inilah satu-satunya jalan pembuka tirai cinta yang benar dan menjanjikan kehidupan paling bahagia.

Tapi, kami tahu, bukan sedikit dari kalian yang terkejut, apabila kami menganjurkan kepada kalian "Kahwinlah!". Ya, kami tahu kalian masih belum bersedia. Masih terlalu awal kata kalian. Belum bersedia, boleh di"sedia"kan. Bersedialah mula sekarang. Masih terlalu awal? Itu kata kalian tika belum kahwin. Sesudah kahwin, kami seperti yakin bahawa kalian akan mengubah jawapan, malah dengan penyesalan, "kenapa aku tidak kahwin lebih awal?", dan baru kalian tahu bahawa ia bukan masih awal, tapi telah lewat untuk kalian kahwin. Tapi, telah lewat tidak bermakna kalian memperlewatkan lagi, kerana "alang-alang" sudah terlewat. Tapi, justeru, kerana telah terlewatlah, kalian perlu bersegera, secepatnya. Seperti kalian telah terlewat ke kuliah, bukanlah patutnya kalian lewat-lewatkan lagi, atau tidak pergi terus (ie tidak kahwin langsung), tapi justeru kalian berlari, bersegera, ke kuliah (ie kepada perkahwinan) yang bakal menjanjikan kebahagiaan damaian tenang hidup masa depan.

Telah tiba masanya. Kalian membutuhkan cinta. Cinta dari seseorang yang istimewa. Yang lain jantina. Yang akan memenuhi keperluan. Sosiologis, biologis, psikologis dan lain-lainnya. Maka, berkahwinlah, apabila kalian telah mampu. Kenapa kalian tidak berani untuk mencari cinta yang halal? Tapi, berani kalian mencuba-cuba, mencari cinta yang haram? Yang bukan milik kalian. Kalian mengambilnya, walaupun si dia mungkin suka (ie redha), tapi bagaimana dengan si Dia? Anda telah melewati batas-Nya? Tidakkah kalian takut pada Allah untuk mencari cinta yang belum dihalalkan pada anda. Cinta tetap cinta. Sebelum atau selepas kahwin, ia tetap cinta. Yang berbeza, hanya dosa dan pahala. Saham neraka atau pelaburan syurga. Anda diberi pilihan untuk memilihnya. Maka, kahwinlah!
Apalah yang ada kurangnya pada perkahwinan? Ia penghancur sebuah keseronokan? Ia pengakhir masa bujang? Ia penamat masa keremajaan? Ia pengikat kebebasan? Ia mengeluarkan kita dari medan keseronokan dosa dan hawa? Itulah racun-racun syaitan. Yang mahu memperpanjangkan tempoh bujang, tempoh keseorangan, tempoh kesepian, tempoh kesengsaraan, membuka jalan-jalan noda, sedang kalian telah membutuhkan hadirnya cinta, terdampingnya seseorang secara sah, halal dan aman.

Perkahwinan, adalah sebuah penyelesaian kepada masalah berpanjangan remaja yang memerlukan teman. Ia adalah sebuah keperluan. Ia adalah pintu keselamatan. Ia mengumpulkan pahala dan menjauhkan dosa. Ia mematangkan fikiran. Ia membahagiakan. Ia adalah sumber ketenangan, kestabilan, kesejahteraan. Berkahwinlah! Kalian yang telah berkemampuan.

Betapa ramai kalian yang telah membutuh dan menginginkan, serta mencita-citakan sebuah kehidupan lengkap perkahwinan yang membahagiakan, tetapi belum berkemampuan. Berdoalah supaya Allah mempermudahkan! Berusahalah mempersediakan segala kelengkapan. Persediaan dalaman dan luaran. Ilmu dan iman, financial, material dan lain-lain.

Kalian yang belum berkemampuan!

Bersabarlah dan jagalah diri dari terjerumus ke lembah larangan dan kehinaan. Berpuasa dan jaga pandangan mata, adalah dua kunci utama, yang akan banyak menyelamatkan jiwa, dan iman.

Janganlah cuba mendekati yang belum halal buat kalian, baik orangnya atau perbuatan. Sekalipun, ia (terutama ‘orangnya') akan menjadi halal pada masa depan, tapi sekarang ia belum. Belum halal, dan belum masanya. Ia belum milik kalian. Sang lelaki, janganlah kalian mendekati si perempuan. Sekalipun, ia akan jadi milik kalian, di masa depan. Kerana sekarang, ia masih haram. Ia belum milik kalian. Tidak ada alas an. masa depan tidak akan pernah menghalalkan masa sekarang. Perkahwinan dan bukan perkahwinan adalah perbezaan. Sekalipun, kalian telah mengikat janji setia akan melangsungkan perkahwinan, janji setia adalah janji setia. Janji setia bukanlah perkahwinan. Janji setia tetap tidak menghalalkan apa yang haram. Hanya perkahwinan, jalan syarie yang bisa menghalalkan.

Kalian yang belum berkemampuan dan belum berikat janji setiaan!

Janganlah kalian saling berdekatan dengan alasan, mahu saling berkenalan, supaya serasi dan bisa mengikat persetiaan. Yang haram tetap haram dan yang halal hanyalah yang telah jelas halalnya. Kebahagiaan adalah milik Allah. Kebahagiaan masa depan, Dia yang anugerahkan. Siapa yang dekat dengan-Nya, beriman pada-Nya, patuh pada arahan-Nya, akan dikurniakan kebahagiaan perkahwinan. Bagaimana kalian mahu dapatkan kebahagiaan masa depan yang dimilik Tuhan itu, jika kalian awal-awal lagi telah tidak patuh pada-Nya? Mahukah kalian memberikan sesuatu milik kalian kepada seseorang yang tidak mahu mengikut kata kalian, tidak mahu patuh pada arahan kalian. Kebahagiaan bukanlah dicari dengan keserasian sebelum perkahwinan. Pembentuk kebahagiaan masa depan bukanlah banyaknya perjumpaan antara bakal pasangan atau kerapnya pertemuan atau kebersamaan sebelum perkahwinan. Pembentuk kebahagiaan masa depan bukanlah acapnya perbualan, perkongsian, senda gurau dan intim mesra sebelum perkahwinan, tetapi penjamin kebahagiaan masa depan adalah bersihnya masa sebelum kahwin dari dosa-dosa dan laku yang haram. Penjamin kebahagiaan masa depan adalah ketaqwaan kepada Allah pada masa sebelum kahwin, dengan menjaga halal haram perhubungan, dan menjauhi maksiat perjantinaan. Makin banyak perbualan, perkongsian, senda gurau dan intim mesra sebelum perkahwinan, makin sedikitlah yang berbaki untuk selepas perkahwinan. Manis telah disepah awal-awal, madu telah dihisap sebelum masa, maka tinggallah tawar dan hambar sahaja apabila masa yang sepatutnya telah tiba. Allah pun tidak mahu lagi menambahkan bahagia pada hamba-Nya yang telah awal-awal gelojoh, tamak dan derhaka pada-Nya. Kerana itu, tidak hairan kita melihat dalam ummah, manis dan gemilang pasangan sebelum perkahwinan, tapi bercerai berai setelah disatukan. Pelikkan? Padahal, setelah disatukan (dengan halal lah) justeru semakin padu keserasian, perpaduan, kemanisan, dan kegemilangan kebersamaan. Pokoknya, kerana melanggar arahan Tuhan, nikmat dunia lagi akan kehilangan.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Sedemikian banyak kemanisan yang dikecap antara hubungan dua jantina sebelum kahwin, sedemikian banyaklah kemanisan yang akan ditarik Allah sesudah di alam perkahwinan. Malanglah! Betapa manisnya masa cinta sebelum kahwin, hanya pahit dan sepah yang tinggal selepas kahwin, semua madunya telah dihisap dengan rakus dan tamak sebelum kahwin.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Ia hanya tipu daya yang menipu anda di depan mata. Sebelum kahwin, kedua-duanya baik-baik dan manis saja, kerana kedua-duanya pula adalah pelakon terbaik dan sanggup berkorban apa saja untuk mendapatkan apa yang dicita. Setelah didapat (berkahwin), hilanglah segala yang dilakonkan, hilanglah madu, manis dan baik-baik, yang tinggal dan timbul hanya yang sebenar, yang tawar, hambar. Tiada lagi pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Kebersamaan seolah tidak beerti dan tidak manis lagi. Bahagia telah pergi. Yang ada hanya sengsara, akibat keterpaksaan bersama, kerana kehidupan telah dibina, putra-putri telah berusia, perpisahan hanya akan mengundang lebih besar bala, dan malu dalam masyarakat. Lalu, hiduplah, bersama walau tidak sehaluan, tidak bahagia. Inilah denda, azab, sengsara dunia, kerana melampaui hak Allah sebelum perkahwinan masa remaja.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Jauhilah dari suka bersama-sama sekalipun untuk tidak berbuat apa-apa, jauhilah dari bersama walaupun bukan di tempat gelap gelita, jauhilah dari sentiasa bersama walau dalam terangnya cahaya, jauhilah dari sentiasa bersama walau hanya sekadar untuk berehat-rehat dan berhibur saja. Kerana, kebersamaan yang tidak ada apa-apa adalah kebersamaan di depan manusia, dalam terang cahaya. Tapi kebersamaan akan mengukuhkan "kebersamaan", dan di ujung-ujungnya akan menjadikan dua raga yang berbeza berpadu dalam raga yang "sama". Kebersamaan akan mengukuhkan kebersamaan, dan akan menuntut kebersamaan sehingga ia menjadi tabiat yang sukar dipisahkan, sehingga ia menjadi satu ketagihan untuk bersamaan, padahal belum kahwin, sedang manusia tidak sentiasa ada bersama kita, manusia tidak akan sentiasa di depan kita, terang akan tiba waktu gelap pula, sedang kebersamaan dengan ketagihannya akan terus bersama, dan apa lagi kalau sudah gelap, dan orang sudah tiada, kebersamaan akan memadukan manusia menjadi paduan yang sama. Dan syaitan akan meloncat ronta gembira!

Lelaki yang belum berkahwin!

Pasti saudara pernah mendengar ungkapan "dari mata jatuh ke hati". Ya, memang dari mata akan jatuh ke hati kerana mata adalah pancaindera yang menerima sumber atau input data. Hati adalah pemproses yang akan menentukan nilaiannya. Saudara memilih dan membeli barang di pasaran setelah melihat, memerhati dan telah jatuh hati. Ya, apabila saudara melihat saudari dengan mata, ia akan jua dinilai oleh hati. Baik buruknya. Cantik kurangnya. Mata dan hati, pancaindera dan organ adalah ciptaan Tuhan yang suci. Tapi punya peranan yang bisa dipositifi atau dinegatifi, tergantung kepada nakhoda si pengemudi diri. Maka, saudara, jagalah pandangan mata! Supaya hanya terpandang dan memandang yang baik-baik saja dan yang mendatangkan kebaikan saja. Kerana boleh jadi, sesuatu itu baik, tetapi tidak akan mendatangkan kebaikan, bahkan menambah keburukan, dosa dan noda jika dipersalahguna. Kecantikan pada wajah si putri itu baik, dan elok sekali, untuk kemantapan rumahtangga berkeluarga. Tapi, awas, kecantikan yang bukan atau belum milik saudara itu berbahaya untuk dipandang-pandang lama, diulang-ulang pandang, ditenung-tenung dengan penuh rasa, kononnya menjiwai kecantikan makhluk ciptaan Yang Esa. Ya, memang indah ciptaan makhluk Yang Esa itu, tapi apakah saudara telah punya autoriti untuk menikmatinya. Kalau bukan yang saudara punya, tentu tidak boleh. Menceroboh namanya. Mengambil hak oang itu, mencuri. Mahu jadikan ia, hak anda, berkahwinlah!

Lelaki yang belum berkahwin!

Jagalah pandangan mata. Jangan biarkan ia terlepas liar, tambatlah pada tali taqwa berpelunggulkan iman. Janganlah biarkan pandang mata anda hinggap pada badan-badan manusia yang tidak bertutup, janganlah ia melihat pada manusia yang pakainya tak ubah seperti pembalut nangka, janganlah membiarkan ia melihat secara lutsinar pandangan pada objek-objek yang tidak sepatutnya, janganlah ia dibenarkan menikmati pemandangan bukit bukau dan lurah cerun yang tidak halal baginya, janganlah ia jatuh bertentangan lama mata antara dua jantina, kelak mengalir arus-arus syaitan yang berlari sepantas panahan, membawa virus bayang-bayangan dan ingatan, yang akan menjelma pada masa-masa depan, masa keseorangan, masa berangan-angan, masa khayalan, masa kesepian, kelak nanti mendorong kemaksiatan.

Perempuan yang belum berkahwin! Juga.

Jagalah pandangan mata. Kerana mata saudari itu adalah kuasa yang dipinjamkan-Nya. Kuasa tarik yang maha kuat. Yang maha tajam. Bisa menembus benteng kekuatan iman sang lelaki. Kuasa tusukan panahan yang maha bisa hingga membuatkan orang tersiksa dan ketagih untuk melihatnya lagi. Andai tidak bisa melihat lagi, ia terus tersiksa, dan merana, dan terus menyimpan cita-cita dan ia susuli dengan usaha hingga bisa dua mata dari lain jantina itu bisa bertentang lagi. Padahal, pada pertentangan itu tidak ada lain kecuali panahan syaitan dan murka Allah saja. Awas. Jagalah pandangan matamu sang putri, demi menjaga kesaliman iman saudaramu seagama tapi berlainan jantina, sang lelaki. Jagalah pandangan matamu, kerana engkau tidak buta. Dan dia yang melihat juga tidak buta. Dan bagaimana sekiranya kamu dijadikan Allah buta? Tidakkah kamu bersyukur dengan ketidakbutaan kamu? Mengapa mahu lagi kamu derhaka pada perintah aturan-Nya?

Buat putri,

Jagalah kemuliaan jiwa dan ragamu. Pada dirimu itu tidak ada lain hanya kemuliaan. Rupa wajah, paras potongan, bentuk ciptaan, dan aurat adalah kemuliaan yang Allah jadikan padamu, untuk menguji orang yang beriman, kamu dan manusia lain. Maka, kemuliaan itu, peliharalah, jagalah, lindungi ia, tutupilah, jangan dedah-dedahkan, kelak terkena kotoran, tercalar oleh sentuhan haram lagi terlarang, kelak diguris orang, kelak disambar, diterkam sang pemandang, pengintai, pemerhati, yang memandang dan menyimpan, cita-cita memiliki dan menguasai.

Duhai putri,
Labuh-labuhkanlah. Jangan singkat-singkatkan. Labuhkanlah hijab (tudung kepala). Jangan singkat-singkatkan. Biar sampai menutupi bentuk-bentuk badanmu. Biar sampai menutupi dadamu, dari depan, dan sisi. Labuhkanlah jilbab (pakaian badan), dan longgar-longgarkanlah. Biar ia melepasi, paras yang menjadi sensitivity. Janganlah sekadar mengambil nama, asalkan pakai saja. Pakailah kerana tujuannya. Tujuannya untuk menutupi, untuk menghalang dari dipandangi, maka, tutupilah selayaknya, sesempurnanya. Janganlah telah ditutupi semuanya, tapi seperti pembalut nangka, kulitnya tidak nampak, tapi bulat lepernya semua orang tahu, bentuknya! Bentuknya! Jagalah bentuknya, supaya bentuknya pun orang tidak tahu. Supaya bentuknya pun tidak melemparkan kamu, dan melemparkan orang yang memandangnya kea pi yang menyala. Bentuk adalah satu kuasa, bentuk adalah amanah Allah padamu supaya dijaga, bentuk adalah satu bentuk ujian kepada kita. Maka, bentukmu, jagalah!

Putri, janganlah berlunak manja, dengan lain jantina. Pada suaramu ada aura, ada aurat, dan ada kuasa, ada gravity, dan tarikan lunak manja. Apalagi, kalau aurat fizikal sudah tidak terjaga, atau tidak sempurna tutupnya, lebih parah dan bahaya. Tetapi, jika aurat fizikal sudah dilitup syumul semuanya, pun suara masih kena dijaga, kerana ia bisa jadi bahaya, apabila dilunak manja, dilemak lentukkan lengguknya, ditambah bunga bahasa, yang segar dan wangi pula, lebah mana tidak teruja? Lebah itu nampaknya bergaya, terbang ke sini sana, riang ria, tapi awas! Lebah itu berbahaya. Madu diserapnya, dan manusia pun disengatnya. Jagalah suara, jagalah bahasa, dan intonasinya. Kalau pun dia sang lebah berjaya mengawal kehendaknya, tapi siapa yang bisa menidakkan dosa, apabila ia telah terlaksana, (ie apabila suara telah dibicarakan dengan lemak manja lunak menggoda).

Bukan kerana Tuhan tidak menyayangi, bukan kerana Dia tidak Adil, lalu Dia menetapkan bermacam-macam ketidakbolehan, halangan, larangan, ikatan, kesempitan padamu, sang putri! Bukan! Bukan! Justeru Dia menyayangi saudarilah, dia menyediakan system pengurusan diri saudari dengan sedemikian aturan, standard, dan prosedur, yang komprehensif, efektif, supaya saudari selamat, jiwa dan raga (selamat jiwa dari dosa, selamat raga dari bahaya). Putri, apabila keluar dari rumahmu, tahanlah dirimu dengan kesabaran dari berhias. Badanmu itu sendiri sudah satu perhiasan yang sangat cantik, yang bisa menarik manusia, tiada siapa yang bisa menafikannya. Apalagi jika saudari tambahi dengan perhiasan luaran. Bertambahlah tarikan. Sedang Tuhan tidak mengkehendaki saudari dari mentertarikkan orang, supaya jauh dari maksiat dan ketidakselamatan. Maka, tahanlah diri dari berhias! Pada wajah, pada badan dan pada pakaian. Allah itu memang Maha Cantik dan Menyukai kecantikan. Tapi, berpada-padalah dengan kecantikan dan biarlah ia menempati keperluan. Berpakailah sekadar kemas, tidak comot, tapi bukan sampai berlebihan dengan hiasan, wangian, warna-warna ranggi dan garang, memikatkan, sehingga mentertarik setiap mata yang terpandang, atau memandang. Sembunyikanlah dulu perhiasan, biar manusia tidak tahu tapi Tuhan Maha Tahu. Dan bunyi-bunyian, dari mata rantaian, yang mengelilingi dan melingkari tangan-tangan, atau kaki-kakian, locengan dan hentakan dari sepatu, senyapkanlah.

Tuhan Maha Tahu, bahawa engkau tidak bisa mematikan nafsu, kehendak dan ingin yang mahu, menunjukkan bahawa engkau adalah makhluk yang hebat, cantik, dan menarik. Engkau mahukan perhatian, dipandang, dan diberi pujian. Engkau mahu menunjukkan, engkau adalah sebaik-baik perhiasan. Engkau mahu berhias-hiasan, bercantik-cantikan, berwangi-wangian, menarik dan menawan dalam pandangan, kerana itu semua karateristik idaman, karakteristik syurga yang diharap balasan, maka bernikahlah! Ia menghubungkan manusia. Ia mendamaikan jiwa. Ia menukarkan dosa kepada pahala. Ia menghalalkan yang haram. Ia membenarkan yang dilarang. Ia tempat kepuasan. Ia tempat untuk berhias-hiasan, bercantik-cantikan, bersenang-senang seronokan, tempat untuk mempamerkan segala kehebatan, ia adalah hak anda yang telah dihalalkan. Kelak, berhiaslah sehias-hias dan sepuas-puasnya, dalam lingkungan kamar, dan dalam rumah anda, dan peragakanlah, pertontonkanlah kepada si dia yang telah halal pada anda.

Berkahwinlah! Belum mampu? Bercita-cita, bersedia, dan berusahalah! Sedang menunggu masa, bersabarlah dan berpuasa! Sesungguhnya ia benteng. Dan menjaga kehormatan diri, dari noda dan dosa. Jauhi supaya tidak terhampiri, kerana apabila sudah hampir, tidak dapat lagi lari, syaitan telah mengelilingi. Sucikanlah diri. Berdoa dan minta diampuni. Berdoa dan minta dipeliharai, oleh Allah sendiri. Berdoalah, dan minta dipandui. Berdoalah, supaya cepat dan selamat diijabkabuli. Dan berdoalah, supaya bahagia yang menanti.

Berdoalah, kerana Dia Maha Mendengar, dekat dan mengkabulkan.
Berdoalah, dengan takut (dosa-dosa yang lepas) dan harap (diampuni).

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni
> telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan
disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan
ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

> 1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn
perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan
perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah
minta tolong dari org lelaki.

> 2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan
dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil
. Gunakan
perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..),
Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke
(^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap
melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak
dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org
pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:"Wahai
isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa.
Maka
jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg
ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik” Kalau rasa
ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah
kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita
juga menyahut seruan tu utk
mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan
darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

> 3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya
merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut
sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan
dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

> 4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication
skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person
you're talking to".
bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama
jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita
akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn
pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan
pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah
al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk
jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa
Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka
tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang,
kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Huda.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

> 5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah
kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je
team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu.
takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak
perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di
tempat yg proper dan berurusanlah secara professional. Mcm csi plak...

Mostly, aq pon pernah terbuat juga benda yang x sepatotnya...dan aq berusaha untuk mengelakkannya. insyaAllah, kita terhindar dari sume tu..Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya.
>
Jaga diri, hiasi peribadi. (",) > wassalam...> Berpesan² pada kebenaran