Friday, June 4, 2010

PERKONGSIAN RELAWAN LL4G(LIFELINE FOR GAZA) 1


Alhamdulillah, semalam ada program bersama relawan Lifeline4Gaza yang baru sahaja dibebaskan.
Perkongsian bersama pelajar-pelajar di Irbid. Saya rasa syukur kerana dapat bertemu dengan mereka dan melihat mereka dalam keadaan sihat.Sungguh, hati kurang tenang apabila tidak melihat mereka secara berdepan-depan.Syukur, mereka semua sihat walafiat dan ceria, bahkan bersemangat.

Maka di sini saya kongsikan perkongsian mereka. Ayat kali ini nampak skema sikit sebab semalam saya ditugaskan menjadi penaip rasmi akan perjalanan dan pengisian program. Saya akan bahagikan post ini kepada dua memandangkan ia sangat panjang. Post kedua mungkin ana menyusul pada 6hb Jun 2010 apabila saya tiba di Malaysia.Maaf kerana tidak dapat post dua-dua memandangkan saya sangat sibuk mengemas barang untuk pulang ke Malaysia.Apa-apa pun, untuk perkongsian pertama ini, dikongsikan perkongsian dari 3 orang dari 6 relawan yang hadir.

Iaitu Dr Selamat Aliman, Ustaz Hasanuddin dan Dr Syed Muhammad Halim. Manakala perkongsian daripada Aswad Astro Awani, Encik Muhammad Nizam dari Haluan dan Ustaz Jamaluddin Ilyas akan dipost pada post yang kedua.MukaddimahProgram bermula pada pukul 5 petang waktu Jordan. Azlan Shah Nabees Khan, pelajar tahun 3 Ekonomi dan Perbankan Islam, University of Yarmouk, telah menjadi pengerusi majlis. Majlis diadakan di sebuah dewan bernama Solat Petra, di Irbid, Jordan. 6 relawan, diiringi oleh Pengarah Malaysian Student Department hadir pada petang yang mulia ini.

Pelajar-pelajar Irbid juga hadir dalam angka yang sangat ramai. Bukan itu sahaja, program ini juga mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar di daerah luar Irbid seperti Mu’tah, Mafraq dan Amman.Pengerusi menjemput keenam-enam relawan yang hadir, iaitu Dr Selamat Aliman, Dr Syed Muhammad Halim, Ustaz Jamaluddin Ilyas, Ustaz Haji Hasanuddin, Aswad Ismail, dan Encik Muhammad Nizam Awang.Buat masa ini, program ini merupakan program yang pertama untuk relawan menceritakan akan pengakaman mereka secara langsung. Pelajar-pelajar Irbid ternyata mendapat penghormatan menjadi yang pertama untuk mendengar terus perkongsian pengalaman daripada mereka.Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid(PERMAI), Ahmad Amirul Amin bin Azmi telah dijemput untuk memberikan ucapan alu-aluan memandangkan Presiden PERMAI, Muhammad Naqeb bin Sulaiman amat sibuk dengan peperiksaan.

Timbalan Presiden PERMAI menyatakan rasa terima kasih kepada relawan yang sudi hadir meluangkan masa. Dalam kesibukan dan kepenatan baru dilepaskan, mereka tetap hadir ke Irbid untuk memberikan perkongsian. Beliau juga menyatakan kekagumannya terhadap komitmen ahli untuk hadir walaupun sekarang adalah musim peperiksaan bagi pelajar di Irbid.

Seterusnya, pengerusi majlis telah menjemput Pengarah Malaysian Student Department(MSD), Ustaz Sulaiman bin Ismail untuk memberikan ucapan sepatah dua kata. Ustaz Sulaiman telah mengalu-alukan kehadiran relawan ke Irbid dan menyatakan bahawa beliau tidak ingin bercakap panjang kerana hendak memberikan laluan kepada perkongsian yang lebih banyak.

Beliau berharap agar, perkongsian kali ini akan berjaya menanam semangat perjuangan yang besar dalam hati pelajar-pelajar Jordan. Beliau menyatakan bahawa, di Jordan, program-program kesedaran untuk hal Al-Aqsa hakikatnya telah berjalan secara serius lebih dari dua tahun di Jordan. Pada akhir bicaranya, beliau dengan senang hati membuka peluang dengan menjemput mana-mana NGO yang berusaha dalam isu Palestin, untuk datang ke Jordan dan berkongsi pengalaman gerak kerja, maklumat bersama dengan pelajar-pelajar di sini.Pengerusi menyatakan bahawa, Saudara Noorazman bin Shamsudin yang dijadualkan untuk menyampaikan perkongsian di Irbid tidak dapat hadir kerana memenuhi jemputan daripada Perdana Menteri Jordan, Malik Abdullah. Tetapi insyaAllah, penyampaian daripada 6 relawan yang ada, pastinya akan memberikan makna yang tetap bukannya kecil.Perkongsian Dr Selamat AlimanPerkongsian telah dimulakan oleh Dr Selamat Aliman. Beliau merupakan wakil daripada Jemaah Islah Malaysia(JIM).

Beliau memulakan penyampaian dengan memuji Allah dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur atas inisiatif mengadakan perkongsian pengalaman bersama mereka. Hakikatnya, beliau menyatakan bahawa dia tidak menjangka akan ada majlis sebegini.Beliau menyatakan bahawa, JIM hakikatnya telah berusaha semenjak penubuhannya 15 tahun lepas dalam isu Palestin. Usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat akan isu itu agar semua sedar untuk bergerak sama-sama membantu. Beliau menyatakan bahawa, hakikatnya isu Palestin sepatutnya menjadi pengetahuan umum.Beliau juga menyatakan bahawa JIM juga telah berusaha mengumpul sumbangan yang diperolehi daripada ceramah-ceramah dan roadshow dari seluruh negara. Semua itu tidak hanya dilakukan oleh ahli JIM sahaja, tetapi ada juga yang dilakukan dengan masyarakat dan kerjasama dengan NGO lain seperti Haluan dan Aqsa Syarif.

Bagi misi Lifeline4Gaza(LL4G) yang lepas, beliau menyatakan bahawa JIM telah membawa sejumlah koleksi sumbangan sebanyak RM400,000. Beliau menyatakan, jumlah itu jika hendak dibandingkan dengan sumbangan daripada HaluanPalestin, nyata ia kuantiti yang sedikit.

Bahkan, untuk keperluan Gaza sendiri, jumlah itu bukanlah satu jumlah yang besar. Tetapi nyata beliau, kuantiti bukan masalah. Semangat dan kesungguhan, serta keikhlasan itulah yang kita perlukan bersama dalam perjuangan untuk menegakkan hak orang Palestin yang dikongkong oleh Israel.Beliau di dalam perkongsiannya, hendak menjelaskan keperluan bagi menyertai misi LL4G. Beliau menceritakan bahawa, LL4G adalah gabungan NGO yang diterajui oleh IHH, satu badan NGO daripada Turki. IHH telah berjaya menggerakkan NGO dari seluruh dunia untuk menyertai misi ke Gaza. Hakikatnya, misi yang berlangsung pada bulan Jun baru ini bukanlah misi yang pertama. Misi ini hakikatnya misi yang ketiga. Konvoi Kapal Laut Flotillah adalah merupakan inisiatif yang keempat. Misi Lifeline yang sebenarnya adalah menggunakan jalan darat dari London, bergerak ke Istanbul dan hendak memasuki Gaza melalui Rafah. Tetapi berlaku sekatan oleh Kerajaan Mesir di sempadan Rafah-Gaza.Dalam konteks LL4G yang keempat ini, beliau menyatakan bahawa dunia telah melihat apa yang telah berlaku. Ahli kapal diserang, ada yang dibunuh dan ramainya di’culik’ oleh Rejim Zionis yang mencipta taktik Lanun laut.

Satu perkara yang penting perlu diberi perhatian adalah, ianya berlaku di luar kawasan pantai Israel. Perkara itu berlaku di atas perairan antarabangsa yang sepatutnya tiada siapa yang berhak untuk menguatkuasakan undang-undang di situ. Sekiranya ada, sepatutnya sekadar mengawal pergerakan sahaja. Bukannya menyerang seperti apa yang berlaku.Beliau menyatakan bahawa, jika diperhatikan kejadian lanun laut di Somalia dan sebagainya, reaksi untuk kes LL4G lebih pantas. Perbuatan itu ternyata mendapat celaan yang hebat daripada masyarakat antarabangsa. Dalam konteks ini, masalah lanun di Somalia adalah pencabulan hak kebebasan menggunakan jalan laut itu adalah perbuatan individu. Tetapi di dalam kes LL4G, yang melakukannya adalah sebuah negara, yang mempunyai tentera yang terlatih dan senjata yang hebat. Bukannya individu.Perkongsian Ustaz HasanuddinMajlis seterusnya diserahkan kepada Ustaz Haji Hasanuddin.

Ustaz Haji Hasanuddin memulakan perkongsian dengan menggelarkan rakan-rakannya(yakni relawan yang lain) sebagai ‘rakan-rakan sepenjara’ dan beliau menyatakan bahawa, tercatat di dalam Al-Quran bahawa Nabi Yusuf AS telah memanggil sahabat sepenjaranya dengan gelaran “Ya Soohibayis Sijn.”Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa dirinya adalah wakil dari Aqsa Syarif. Beliau menceritakan yang Aqsa Syarif hakikatnya telah lama wujud dalam bentuk pergerakan semnejak zaman beliau belajar di Sweileh, Amman, Jordan lagi. Cuma baru-baru ini sahaja digerakkan secara besar-besaran. Aqsa Syarif dinyatakan telah mempunyai 72 cawangan di seluruh Malaysia.Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa syuhada itu hidup di sisi Allah SWT.

Para Syuhada, selepas mati dan melihat nikmat yang akan diberikan kepadanya, akan tidak sabar-sabar untuk pulang menyampaikan berita gembira akan nikmat-nikmat itu kepada manusia yang masih hidup. Demi memerdekakan Al-Aqsa, semangat yang sama itu jugalah yang menghilangkan perasaan takut dan perasaan sedih. Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa, itulah dia antara perkongsian di atas bot yang mereka dapati sebelum bertolak ke Gaza.Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa, mereka hakikatnya memang arif dengan perangai Israel Zionis. Allah telah menentukan bahawa, Bani Israel ini telah tercatit untuk mereka ini melakukan kerosakan. Bahkan, dua kali kerosakan itu akan dilakukan dan mereka akan meninggi diri dengan penuh sombong.

Ustaz Hasanuddin berkata bahawa, walaupun perkara itu telah arif untuk dirinya, dan dia merasakan telah sangat kenal dengan sikap Bani Israel kerana mempelajarinya daripada Al-Quran, apabila bertemu sendiri dengan Israel dan dilayan secara kasar, maka ‘perkenalan’ itu menjadi lebih mendalam dan berkesan di dalam jiwanya. Ternyata, medan gerak kerja berlainan dari medan ilmu dan berkata-kata.Ustaz Hasanuddin menjelaskan bahawa, mereka bergabung untuk memecahkan tembok kepungan ke atas saudara-saudara di Gaza yang telah berjalan selama 4 tahun setengah.

IHH melihat perkara ini dan berusaha membuat sesuatu untuk membantu. Maka IHH mengumpulkan pelbagai pihak dari seluruh dunia untuk memfokuskan akan hal ini. Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa di atas bot flotilla itu sendiri, ada paderi kristian yang menyertainya. Ahli-ahli LL4G telah membantu Paderi itu yang menghidapi penyakit kencing manis.Ustaz Hasanuddin berkata bahawa, kejadian Gaza dikepung dan usaha IHH hakikatnya sama dengan apa yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Ketika mana orang-orang Quraisy memulaukan Rasulullah SAW dan seluruh pengikutnya, bahkan Banu Hasyim yang melindunginya, maka wujud beberapa orang yang mempunyai semangat kemanusiaan, walaupun bukan dari orang Islam dan tidak pula dari golongan Banu Hasyim, datang membantu menghentikan pemulauan.

Itulah yang telah dilakukan oleh IHH.IHH telah mengkaji undang-undang dunia untuk memastikannya mampu menyebelahi apa yang hendak dilakukan mereka. Negara Turki yang berasal dari kerajaan sekuler pimpinan Kamal Ataturk, hari ini bangkit menjadi pemimpin yang menggunakan sekularisma sebagai pisau menikam sekularisma itu sendiri. Kebencian terhadap kerajaan sekular, hari ini Allah balas dengan menunjukkan betapa pemimpin turki sendiri berjaya menggunakan sekularisma untuk memecahkan sekularisma dunia itu sendiri. Ini adalah usaha bijak penuh telus yang dilakukan IHH.Ustaz Hasanuddin menyatan, sebelum mereka bergerak ke Gaza, Israel dengan suka hati teklkah menambah, membesarkan jarak sempadan laut mereka.

Memandangkan kapal flotilla tidak merentasi sempadan Israel, mereka telah melakukan tindakan drastik dengan menyerang ahli konvoi di atas laut. Sedangkan yang ada di atas kapal hanyalah pensel untuk kegunaan sekolah anak-anak di Gaza, bantuan makanan, dan batu-batuan serta simen untuk tujuan pembinaan sekolah. Terdapat dua kapal kontena penuh dengan bahan muatan untuk membina semula Gaza.Ustaz Hasanuddin berkata bahawa, tujuan mereka jelas. Konvoi ini hakikatnya selain dari memberikan bantuan, ia juga berhajat besar untuk menyeret seluruh dunia memandang isu kezaliman yang telah berlaku ke atas Gaza semenjak 1948.

Dengan izin Allah, hari ini, Kerajaan Malaysia sendiri telah bergegas menyambut mereka apabila mereka berjaya dilepaskan. Ini tanda keendahan itu telah bertambah. Bagi Ustaz Hasanuddin, beliau menyatakan bahawa matlamat dakwah yang utama dalam LL4G telah tercapai dan berjaya. Yakni untuk menyeret seluruh dunia memerhatikan, dan membincangkan isu Palestin serta melihatnya secara serius. Beliau menyatakan betapa hakikatnya, yang membicarakan hal Palestin ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.Perkongsian Dr Syed Muhammad HalimPerkongsian seterusnya dilakukan oleh Dr Syed Muhammad Halim dari HALUAN. Beliau pada mulanya tidak tahu hendak bercerita bermula dari mana. Tetapi kemudiannya beliau telah mengajak hadirin untuk melihat suasana cemas yang telah mereka lalui di dalam kapal. Namun suasananya terbalik apabila mereka sampai di Jordan.

Suasana Jordan sangat tenang, seakan tidak ada berlakunya apa-apa terhadap negara jiran mereka. Lepasan tawanan pula disambut bagaikan wira negara. Beliau menganggap, itu hakikatnya sebagai satu kegagalan selagi mereka belum dapat mencapai objektif membebaskan bumi Al-Aqsa dan tidak lengkapnya pengabdian diri mereka kepada Allah SWT. Beliau menyatakan, apabila semua itu tercapai, barulah dinamakan kejayaan dalam obkjektif LL4G.Beliau menceritakan bahawa, LL4G sebelum ini telah berjaya menembusi Rafah melalui jalan darat.

Yang berjaya masuk hanya separuh manakala bakinya disekat. Pelbagai kekasaran telah ditunjukkan oleh Kerajaan Mesir dalam hal itu. Sehingga ahli konvoi berpakai bukan itu caranya untuk memecahkan tembok kematian Gaza. Dr Syed Muhammad Halim menceritakan betapa di Gaza, tiada sistem perbankan untuk menghantar wang terus ke sana. Mereka tersekat di dalam tembok kematian walaupun luasnya hanyalah lebih kurang Shah Alam sahaja. Daerah yang cukup kecil, tetapi amat terseksa. Namun kata beliau, rakyat Faza telah menunjukkan ciri-ciri pengabdian kepada Allah yang amat tinggi. Mereka mampu hidup sampai sekarang walau dikepung selama 4 tahun setengah.Beliau juga berkongsi akan pengisian yang diperolehinya semasa di atas kapal, yakni cerita akan Ashabul Kahfi. Kata beliau, wujud juga Ashabul Ghazza yang perlu diperhatikan. Namun Ahlul Ghazza tiada gua untuk mereka bersembunyi, tiada ruang untuk mereka melarikan diri.

Hari-hari mereka dibom dan dibunuh, anak-anak dirampas dan semalam mereka masih dibom lagi. Dan tiada siapa yang memprdulikan mereka. Tiada siapa bersuara untuk mendakwa Israel kerana membunuh penduduk di Gaza.Dr Syed Muhammad Halim berkongsi bahawa Gaza saban tahun melahirkan 10,000 orang Hafiz Al-Quran. Di Gaza jugalah munculnya halaqah dan usrah yang hidup. Hakikatnya di Gaza, ada 30,000 halaqah yang bergerak setiap minggu secara konsisten.

Mereka ini telah berjaya menjadi contoh yang realiti terhadap ummah dunia. Mereka tiada bank, tiada sistem perparitan, tetapi tetap sehingga sekarang mampu hidup tanpa rungutan. Mereka tetap hidup beradab sopan dan berkahlak sesama mereka.Dr Syed Muhammad Halim merasakan betapa bahawa, mereka hakikatnya datang ke Gaza bukan untuk memberikan bantuan. Bahkan, merekalah yang meminta bantuan daripada Gaza. Hal ini kerana, mereka ingin belajar daripada Gaza akan erti kehidupan yang sebenar, dan mencontohi mereka.Dalam perkongsiannya, Dr Syed Muhammad Halim berkongsikan akan objektif LL4G. Ada tiga semuanya, digariskan oleh IHH. Sebelum itu, beliau berkongsi akan satu cerita selepas dibawa seorang ulama’ dari Gaza untuk perkongsian semasa kuliah Subuh di Malaysia. Selepas ceramah itu, terdapat dua orang jemaah masjid membincangkan akan hal Gaza dalam keadaan tidak tahu.

Bila diterangkan akan keadaan Gaza yang sengsara, mereka berdua menyoal semula – ada ke negara yang demikian? – itu orang yang pergi bersolat subuh. Bagaimana agaknya orang lain yang larut dengan dunia?Objektif yang digariskan oleh IHH untuk LL4G ada tiga. Iaitu:

1. Mewujudkan Kesedara Masyarakat Dunia akan hal Gaza.Isteri Bill Clinton, telah menyuruh dikaji semula bantuan secara berjadual di Gaza. Hal ini baru di sebut selepas 4 tahun pengepungan, selepas terjadinya kes serangan Israel ke atas LL4G. Selepas kapal dicuri, ada yang syahid dibunuh, baru Palestin mendapat perhatian. Seakan-akan perkara ini baru berlaku semalam. Inilah rupanya bayaran untuk menyedarkan ummah.

2. Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza.Objektif ini hendak menyatakan kepada masyarakat dunia bahawa mereka boleh menamatkan kepungan yang berlaku di Gaza itu secara legal. Cuma di mana selama ini pemimpin-pemimpin dunia? Di mana selama ini kumpulan hak asasi-kumpulan hak asasi manusia? Tetapi yang tiada kuasa, senjata, tiada daya bercakap, yang itulah yang berkumpul hendak membantu Gaza. Dengan tenaga empat kerat, merempuah perairan yang pastinya akan diganggu Israel. Bila terjadinya kes sebegini, barulah dunia hendak memberikan perhatia.

3. Untuk Menyampaikan Bantuan kepada Gaza.Sebab itu dilakukan kutipan. Beliau menggucapka terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan.Kata beliau, objektif pertama nampaknya telah berjaya dicapai. Contohnya di Malaysia, pada 5hb 6 2010 akan diadakan perhimpunan oleh pelbagai kaum untuk melaung di atas jalan, “Hancur Israel.” Ini satu perkembangan yang baik.Berkenaan objektif ke-2, misi-misi yang akan diteruskan sampai kepungan berakhir.

Objektif yang ketiga pula, yakni menyampaikan bantuan, nampaknya belum mampu dicapai sepenuhnya. Apabila barang-barang dirampas oleh Israel, walaupuan ada pihak Israel menyatakan bahawa barang-barang tersebut akan diberikan juga kepada rakyat Gaza, maka samalah seperti barang-barang itu telah hilang kerana Israel tidak boleh dipercayai. Namun syukur, apabila terjadinya perkara sebegini, pintu Rafah telah dibuka oleh Kerajaan Mesir.Syed Muhammad Halim telah ditugaskan sebagai perawat medical personal di atas dek ketiga di luar untuk memberikan rawatan kepada peserta yang cedera yang dijangka akan dilakukan oleh Zionis.

Memang sesungguhnya mereka telah menjangka bahawa mereka akan diserang malam itu. Ada raptai latihan untuk situasi itu pada malam sebelum kejadian.Selepas selesai latihan, kapten mengarahkan untuk berehat. Di sini ada satu suasana yang menarik. Kapten akan sentiasa mengingatkan bahawa sebelum tidur, siapa yang rasa berdosa, perlulah bertaubat kepada Allah sebelum tidur. Ada yang tidak tidur, meneruskan solat, qiam, berdoa, ada yang membaca Al-Quran dan berkawal.Selepas solat subuh, lebih kurang pada pukul 4.15 pagi, terdengarlah letupan di belakang mereka. Letupan ini terhasil dari bom gas yang dibaling. Beliau menyatakan betapa suasana ketika itu sangat mengerikan.

Tetapi beliau menyatakan bahawa takut langsung tidak wujud dalam jiwa mereka. Mereka telah meletakkan jangkaan akan berlakunya keadaan yang terburuk. Apa itu keadaan terburuk? Itulah dia – diseksa, dikepung, tak diberi makan dan sebagainya – Ada pendengar menjawab ‘Mati Syahid’ tetapi segera beliau menyatakan bahawa syahid bukan keadaan yang terburuk.Apabila kejadian itu berlaku, belum sempat dia berkemas, dia mendengar bahawa jururawat menyatakan sudah ada kecederaan. Dalam masa yang singkat, sudah ada 4 orang masuk untuk rawatan. Salah seorangnya telah ditembak sniper di dahi dengan otak yang telah terburai.

Seluar beliau pada ketika itu berlumuran darah. Dua kali dibasuh, tetapi darah masih tidak hilang. Sekali di dalam penjara, sekali di hotel. Namun darah syuhada tetap kekal di seluarnya.Dr Syed Muhammad Halim berkongsi bahawa, ada 4 mayat di hadapan mereka. Salah seorangnya seiras dengan kenalannya di atas kapal, sangkanya, kawannya itu telah syahid. Tetapi bila dia melihat keluar, dia terjumpa kawannya. Nyata kawannya bukan yang syahid tadi.

Dia menceritakan kepada temannya betapa seirasnya wajah temannya itu dengan yang syahid tadi. Kawanya pantas berkata: Alangkah baiknya kalau dia yang mati itu.Penutup: Bersambung di Post yang kedua.InsyaAllah perkongsian seterusnya akan dipublishkan pada 5hb 6 2010. Akan ada perkongsian daripada Ustaz Jamaluddin Ilyas, Aswad Astro Awani dan Encik Nizam, serta sesi soal dan jawab. Semuanya ada dicatitkan.Semoga anda semua bersabar.Maafkan kudrat saya yang lemah dan kesempitan waktu saya yang teramat.InsyaAllah, kita jumpa lagi di post yang kedua esok.

IRAN SERU BOIKOT HABES2AN ISRAEL!

GAMBAR:
Duta Besar Iran untuk PBB Muhammad Khazaei

Duta Besar Iran untuk PBB menyerukan boikot habis-habisan untuk Israel, dan mengatakan bahawa serangan baru kepada kapal yang membawa bantuan ke Gaza menunjukkan brutalitasnya Tel Aviv.
Muhammad Khazaei menyatakan hal itu pada pertemuan darurat Organisasi Konferensi Islam (OKI) di New York pada hari Khamis (3/6), IRNA melaporkan.
Pertemuan itu diadakan atas permintaan Khazaei untuk meninjau aspek yang berbeza dari serangan Israel terhadap armada Kebebasan yang menyebabkan beberapa aktivis kemanusiaan menemui maut.
Khazaei juga memuji keputusan Nicaragua untuk memutuskan hubungan dengan Israel sebagai sebahagian memprotes serangan itu dan meminta semua negara yang berdaulat untuk mendengarkan hati nurani mereka dengan memotong seluruh perdagangan, keuangan dan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Boikot habis-habisan terhadap rejim Zionis akan mencegah Israel dari mengulangi kejahatannya terhadap kemanusiaan," katanya.
Utusan Iran untuk PBB juga mengusulkan agar semua negara secara bersamaan mengirimkan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan Israel lebih dari tiga tahun.(fq/prtv)

SEEKOR KUCING DIHUKUM PENJARA CZ BANTU PALESTIN

Sunday, November 22, 2009

Se ekor Kucing Dihukum Penjara Kerana Bantu Tahanan Palestin
Posted by Ibnu Hasyim at
1:36 PM
Angkat tangan, kamu dihukum! Israel menghukum tidak kira manusia atau binatang..
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }

NOV 2009 Seekor kucing dihukum penjara oleh pihak berkuasa Israel, kerana dituduh telah membantu penghuni sel isolasi di kem tahanan Negev, yang terletak di antara Mesir dan wilayah yang diduduki Israel.Israel.


Menurut pejabat Isreal, kucing tersebut membantu para tahanan Palestin membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel yang lain. Kucing itu telah memberikan bantuan kepada tahanan di sana selama berbulan-bulan hingga akhirnya terbongkar diketahui baru-baru ini. Pengelola penjara memberikan hukuman yang sama seperti tahanan manusia kepada kucing tersebut.

Ia dikurung dalam sebuah sel isolasi, seperti hukuman yang dikenakan kepada tahanan yang dibantunya. Ada puluhan kucing liar yang berkeliaran di antara sel atau ruang tahanan di kem dan penjara Israel, terutama di pusat-pusat tahanan terbuka seperti Negev.

Israel sengaja menjadikan suasana penjara dan kem tahanan dalam keadaan menyeiksa dan tidak selesa untuk menurunkan semangat hidup orang-orang Palestin. Melihat begitu banyak kucing yang berkawan dengan tahanan, pejabat Pentadbiran Penjara Israel memutuskan untuk menyingkirkan dan menghukum kucing-kucing tersebut.

(Sumber: Hidayatullah/ AK)

Monday, February 15, 2010

KRISTIAN, YAHUDI, BUDDHA, HINDU & SIKH BERTANYA, ISLAM MENJAWAB

Soalan : Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

Jawapan : Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

Soalan : Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Jawapan : Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

Soalan : Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?

Jawapan : Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

Soalan : Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Jawapan : Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

Soalan : Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Jawapan : Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

Soalan : Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?

Jawapan : 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .

Soalan : Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Jawapan : Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

Soalan : Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Jawapan : Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

Soalan tambahan : Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Jawapan : Habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

Soalan tambahan lagi : Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jawapan : "Habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus" =P

Sami Budha bertanya lagi : "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Jawapan : "Penyakit datang kerana kita makan banyak... Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

Soalan : Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Jawapan : Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

Soalan : Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Jawapan : Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

Soalan : Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul2 juga?

Jawapan : Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Kesimpulan

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...WALlahua'lam

Friday, February 5, 2010

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Dalam post kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:


• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian post minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

5 PEGANGAN HIDUP HASSAN alBANNA

[A]llahu ghaayatuna [A]llah matlamat kami [A]llah is our objective

[A]r-Rasul qudwatuna [R]asul ikutan kami [R]asul is our leader

[A]l-Quran dusturuna [A]l-Quran perlembagaan kami [Q]uran is our law

[A]l-jihad sabiiluna [A]l-jihad itu jalan kami [J]ihad is our way

[A]l-Mautu fisabiilillah asma amanina [M]ati pd jalan Allah cita-cita kami [D]ying in the way of Allah is our highest hope

TOP 10 MISTAKES IN SOLAH

This is very, very enlightening. What the survey says? TOP 10 mistakes in Solat,
by Ibn Abdul-Azeez.

Let us start with #10 and upwards…..

10. Recitation of the Qur’aan in rukoo’ (bowing position) or during sujood (prostration). Rasulullah (saw) said: I have been prevented from reciting the Qur’aan while bowing or in prostration… [Muslim]
Ali (radiallahu ‘anu) narrates he said: TheMessenger of Allah (sallallahu ‘alaihi wa sallam prevented me from reciting the Qur’aan while bowing or prostrating. [Muslim and others]

9. Not reciting Al-Faatihah in the salaah The Prophet’s (sallallahu ‘alaihi wa sallam) saying: Whoever makes a salaah wherein Al-Faatihah is not recited then it is khidaaj (miscarried) - and he repeated it three times – incomplete. [Muslim from Abu Hurairah]

8. Making the intention for prayer aloud. Ibn Al-Qayyim, rahimahullah, stated in: “When the Prophet (saw) would stand for salaah he said: ‘Allahu Akbar’ and said nothing else before it nor did he pronounce his intention aloud. Nor did he say: ‘I will pray for Allah salaah such and such while facing the Qiblah four raka’aat as imaam or follower’."

7. Standing to complete a missed rak’ah before the imam has completely finished making the second tasleem Rasulullah (saw) said: Do not precede me in the rukoo’ (bowing) not in the sujood (prostration) nor in going out of the prayer (al-insiraaf). [Muslim]

6. Intentionally preceding the imam in the movements of the prayer or not following his movements Rasulullah said, "Verily the imaam is to be completely followed, so if he makes takbeer then you make takbeer and don’t make takbeer until he does so, and if he bows then bow and don’t bow until he does so…" [Al-Bukhaari]

5. Lack of proper reverence and humility (khushoo’) in the salaat and excess movement therein. Allah has indeed praised His slave by His statement: Those who offer their salaah with all solemnity and full submissiveness. [Al-Qur’aan 23:2]

4. Lack of tranquility (at-tama’neenah) within the salaat. The Prophet (saw) said to the one who was rushing through his salaah without observing the proper tranquility: Go back and make salaah because you have not made the salaah.

3. Abandonment of the congregational prayer in the masjid by able men either regularly or on occasion. The Messenger of Allah (saw) said: Whoever hears the call (al-adhaan) and thereafter does not answer it (i.e. attend the congregational salaah) there is no salaah for him except for a valid excuse. [Reported by Ibn Maajah]

2. Delaying the salaah from its appointed time. This is a violation according to the word of Allah ta’aala: Verily the salaah has been appointed for the believers at specific times (mawqoot). [Al-Qur’aan 4:103]

1. Leaving the salaah altogether Allah ta’aala says: What landed you in As-Saqar (Hell)? They said: We were not of those who made salaah (almusalleen)…[Al-Qur’aan 76:42-43]