Tuesday, January 26, 2010

3 TOUGH QUESTIONS

There was a young man who went overseas 2 study for quite a long time. When he returned , he asked his parents 2 find him a religious scholar or any expert who could answer his Three Questions. Finally his parents were able 2 find a muslim scholar.

"Who r u? Can u answer my questions?," asked the young man.
"I am one of Allah's slaves and insyaAllah, I will be able 2 answer your question," replied the scholar.

"Are you sure? A lot of professors and experts were not able to answer my questions."
"I will try my best, with the help of Allah Ta'ala."

"I have 3 questions,"
1. Does God exist? If so, show me His shape.
2. What is fate(takdir)?
3. If syaitan(devil) was created from fire, why at the end he will be thrown to hell that is also created from fire. Did God not think of it this far?

Suddenly, the scholar slapped the young man's face very hard. The young man, who was shocked and hurt by the slap became confused.

"Why are you angry a me?"
"I am not angry. The slap is my answer to your 3 questions."

"I really don' understand," the young man said. He was really confused.
The scholar began to explain. " How didi you feel after I slapped you?"
"Of course, i felt the pain!"
"So, do you believe the pain exist?"
"Yes"
"Now show me the shape of pain!"
"I can't"

"That is my 1st answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape."
"Last night, did you dream that you will be slapped by me?"
"No."
"Did you ever think that you will get a slap from me, today?"
"No."
"That's takdir.....My hand that I used to slap you, what is it creted from?
"It's created from flesh."
"How about your face, what is it created from?"
"Flesh as well !"
"How did you feel after I slapped you?"
"In pain."
"Even though syaitan(devil) and hell-fire were created from fire, if Allah wants, insyaAllah the hell-fire will become a very painful place for syaitan."

The wise scholar had answered all 3 tough questions by one slap. ^_^

JGN CARI TIDUR YANG CUKUP-espcially dak2 asrama

Sudah masuk dua minggu saya menjadi pelajar sepenuh masa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun saya menyambung pelajaran untuk peringkat Master, semester ini saya dikehendaki mengambil 5 subjek prerequisite yang merupakan subjek undergraduate.

Saya perlu bersyukur kerana dapat terus masuk ke kelas, sedangkan lebih 100 orang pelajar postgraduate yang mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris bersama saya, terkandas dan dikehendaki mengambil kursus Bahasa Inggeris di CELPAD. Saya berasa sedih melihat wajah rakan-rakan yang amat bersemangat untuk menyambung pelajaran, tetapi terpaksa melupakannya seketika.

Walaupun sebahagian mereka mengambil pengkhususan yang langsung tiada subjek di dalam Bahasa Inggeris (seperti Master di dalam Sastera Arab), mereka tetap dikehendaki melepasi tahap tertentu di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Terpaksalah bersabar seketika, dan saya harap mereka dapat mempositifkan fikiran dan menganggap ini sebagai suatu enforcement untuk mereka menguasai Bahasa Inggeris. Kadang-kadang kita hanya dapat melihat potensi diri sebenar apabila terdesak dan terpaksa.

Saya bersyukur kerana menjadi salah seorang daripada 19 orang yang dibenarkan untuk terus ke kuliah. Alhamdulillah.

Saya tidak kisah langsung malah amat gembira apabila diarahkan oleh Jabatan untuk mengambil lima subjek prerequisite berkenaan sebab saya masuk ke program Master di dalam Sejarah dan Tamadun sedangkan ijazah pertama saya dahulu adalah di dalam bidang Syariah. Apatah lagi, saya sudah bertahun-tahun meninggalkan kuliah di universiti. Elok juga warm-up satu semester. Semester ini saya mengambil subjek Modern History of Europe, History of Malaysia II, Rise and Fall of Civilizations dan Islah / Tajdid Movements in Muslim World.

Setelah dua minggu, saya dapat merasakan betapa bezanya pengajian saya kali ini berbanding dengan situasi semasa saya belajar di Jordan dahulu. Perbezaan yang saya maksudkan itu, adalah dari segi keghairahan saya terhadap mata pelajaran yang diajar. Saya sudah menempuh pelbagai halangan dan rintangan sebelum ini, dan akhirnya saya berjaya memasuki program yang paling bertepatan dengan minat serta kecenderungan saya iaitu SEJARAH. Mata saya hampir terbeliak di dalam setiap kelas kerana terasa begitu bersyukur lagi beruntung dapat berada di mana saya berada hari ini.

Saya sudah habiskan 20 siri perjalanan ke Turki demi menyiapkan diri ke arah menyambung pelajaran di sana. Saya sudah berkawan malah duduk serumah dengan pelajar-pelajar Turki yang membuat Master dan PhD di bidang sejarah, dan mereka juga telah memperkenalkan saya kepada ramai pensyarah terkemuka di Turki yang mengajar di Fakulti Pendidikan Ataturk, di Goztepe Istanbul serta Fakulti Ilahiyat di Bağlarbaşı Istanbul. Kedua-dua fakulti itu adalah di bawah Universiti Marmara, salah sebuah universiti terkemuka di Turki. Paling menyeronokkan apabila saya berpeluang berkenalan dan menjadi sahabat kepada Profesor Alparslan Açıkgenç, salah seorang tenaga pengajar yang lama berkhidmat di ISTAC. Bahasa Turki sudah dipelajari, Bahasa Othmaniyyah sudah didekati, malah saya sudah mula mempelajari Bahasa Parsi. Semuanya demi memenuhi cita-cita saya menguasai bidang Sejarah, khususnya Pengajian Othmaniyyah.

Tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Terlalu banyak halangan dan rintangan yang telah saya tempuhi, dan saya menyangkakan bahawa kombinasi HASRIZAL-SEJARAH sudah tamat. Saya perlu akur bahawa saya bukan di situ. Namun, saya amat bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan oleh Fitrah Perkasa kepada saya untuk saya menyambung pelajaran di bidang yang diyakini, saya boleh melakukan yang terbaik, Insya Allah.

Semua subjek yang saya pelajari semester ini, menarik perhatian saya dan menyuluh kepada pelbagai dimensi kehidupan. Mempelajari Sejarah Eropah dan berkenalan secara mendalam, manusia-manusia bernama Plato, Homer dan karya-karya seperti Iliad dan Odyssey, malah seawal epik Gilgamesh, telah memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang asas tamadun Eropah. Enlightenment yang menemukan saya dengan nama-nama seperti Louis XIV, Thomas Aquinas, Locke, Descartes, Isaac Newton, Michaevelli, Jean-Jacques Rousseau, Voltaire dan Immanuel Kant telah benar-benar menginsafkan saya bahawa segala pengalaman hidup dan kerja saya di Ireland dahulu, amat berhajatkan kepada mendalamnya pengetahuan saya terhadap nama-nama itu tadi. Alangkah bagusnya jika semua ini saya pelajari sebelum saya bertugas di Belfast.

Saya telah sampai kepada suatu kesimpulan dan ia dipersetujui oleh Prof. Abdullahil Ahsan siang tadi, bahawa penentangan Barat terhadap Islam hari ini, bukanlah semata-mata di atas kesilapan fakta atau sentimen Kristianiti. Sebaliknya, world-view dan paradigma Barat yang trauma terhadap 'agama Kristian' telah menjadikan mereka melihat Islam dari kaca mata yang salah.

Maka pembetulan persepsi Barat terhadap Islam tidak boleh dilakukan hanya melalui lambakan fakta semata-mata, tetapi ia mestilah menjurus kepada membetulkan mind-setting mereka agar melihat Islam bukan seperti generasi pasca Enlightenment menilai Kristianiti. Malah kebanyakan orang Kristian yang saya temui di Ireland, berfikiran sekular bukanlah dalam erti kata mereka menolak agama dan Ketuhanan, tetapi mereka menolak konsep agama yang berinstitusi, lantaran rekod buruk gereja di era Zaman Gelap Eropah. Dan ia menyulitkan orang Kristian mendekati Masjid kerana masjid dilihat sebagai institusi agama, seperti gereja yang cemar itu.

Sungguh kuat Islam dan al-Quran, apabila fenomena penyelewengan paderi dan gereja ini, telah pun diakui oleh al-Quran di dalam surah al-Taubah ayat 34. Maka saya kira pendakwah sangat perlu kepada memahami Sejarah, kerana sesungguhnya manusia dan tamadunnya berputar pada pusingan Sunnatullah yang sama.

Jadi, setiap hari saya ke kelas dengan penuh semangat dan minat. Berbeza sekali dengan mood saya semasa belajar di Jordan. Malah ada kawan yang menganggap saya seperti mangsa kahwin paksa yang sebumbung tanpa cinta. Masakan tidak, selama bertahun-tahun saya di Jordan, tidak sampai 20 kali saya solat Jumaat di Mu'tah. Hampir setiap hujung minggu saya akan ke Amman, 250 km ke utara.

Walaupun begitu, minat serta semangat saya untuk belajar turut berdepan dengan cabaran yang besar. Cabaran yang saya maksudkan itu adalah cabaran MASA. Bekerja sepenuh masa dan belajar sepenuh masa, di samping menjadi ayah sepenuh masa, serta suami sepenuh masa, sudah cukup besar. Ditambah lagi dengan tanggungjawab dakwah, tarbiyah dan pelbagai badan yang saya sertai, semuanya menuntut komitmen yang sukar ditolak ansurkan. Dan malam ini saya mengalami kebuntuan.

Setiap pagi, saya mesti keluar dari rumah seawal 6:30 pagi. Saya berjalan kaki meredah kegelapan subuh di celah-celah lorong Taman Midah untuk ke jalan besar dan ia memakan masa sekitar 20 minit. Kadang-kadang awal sedikit apabila dikejar atau disergah anjing. Kemudian saya akan mengambil bas dari Taman Midah ke Stesyen LRT Taman Maluri. Dari situ, saya akan menaiki LRT ke Masjid Jamek dan kemudian bertukar tren untuk ke Terminal Putra.

Saya mesti sampai di Stesyen Terminal Putra sebelum pukul 8 pagi, kerana bas Rapid KL 231 akan bertolak ke kampus UIA tepat jam 8. Jika terlepas, saya terpaksa mengambil teksi.
Bunyinya payah, bagi yang biasa berkereta. Tetapi selepas 11 tahun hidup di perantauan, terutamanya 6 tahun di UK dan Ireland, soal menaiki kenderaan awam ini sudah menjadi kebiasaan. Isteri saya memerlukan kereta ATOS kami untuk menghantar dan mengambil anak di nurseri. Dan saya seperti biasa, meneruskan rutin menaiki tren yang sudah menjadi sebahagian hidup saya semenjak 1998 lagi. Faedah menaiki LRT ini ada beberapa. Antaranya:

1. Saya dapat membuat bajet masa yang hampir tepat iaitu 1 jam 30 minit dari pintu rumah ke pintu kelas.
2. Saya dapat menjimatkan duit minyak dan maintainance kereta serta tol (MRR2 tiada tol - mungkin sebab itu ia retak)
3. Saya dapat membaca di sepanjang perjalanan. Berita terkini akan saya update di dalam PDA Palm Tungsten T5 saya dengan menggunakan aplikasi AVANTGO. Manakala artikel-artikel yang saya perlu baca sebagai bahan pembelajaran, saya convert kepada ISILO

Tiga faedah di atas amat saya hargai terutamanya peluang membaca. Saya berasa terkilan jika ada pelajar undergraduate yang bujang, duduk di Mahallah dan apatah lagi jika tidak aktif dengan aktiviti persatuan, membuat pengakuan tidak membaca, dengan begitu selamba tanpa ada rasa bersalah. Sedangkan saya terpaksa mencuri masa di dalam LRT, atau bangun awal pagi, dan biasanya memilih untuk tidur lewat semata-mata untuk membaca.

Dalam masa yang sama, saya dijemput untuk berceramah di pelbagai institusi dengan peserta yang berbeza, serta tajuk yang berlainan. Setiap ceramah itu memerlukan saya kepada membuat slide PowerPoint© dan ini menjadi sebahagian besar daripada kerja yang mencuri masa tidur saya.

Sudah tentu, cabaran di waktu malam yang paling menguji adalah tangisan dua anak kecil yang merengek meminta susu. Kalau adik Naurah, selalunya dia akan menangis sekitar jam 2 pagi dan Saiful Islam pula akan menangis khusus untuk marahkan saya kerana pulang lewat malam.

Ia sering berlaku apabila saya memberi kuliah Maghrib, yang menyebabkan saya sampai di rumah selewat jam 10:30 malam malah mencecah tengah malam. Saiful Islam marah kerana saya pulang selepas dia tidur dan keluar sebelum dia terjaga. Maka komunikasi antara saya dengannya hanya berlaku apabila dia terjaga di tengah malam. Marah 5 minit, berbual 2 minit, sebelum menyambung tidur semula.

Paling menyedihkan, isteri yang sering ditinggalkan. Dalam keadaan berbadan dua, ditambah pula dengan bebanan pengajian Masternya di bidang Perubatan Kecemasan, dia banyak berkorban, hingga saya rasa tidak layak mengeluh. Syukurlah perkahwinan kami dibina di atas expectation yang realistik sejak hari cincin disarung ke jari. Moga dirinya terus sabar khususnya 4 tahun mendatang di mana kami berdua saling terbeban oleh pengajian masing-masing, di samping kerja sepenuh masa yang sudah sedia mencabar.

Hari ini saya sangat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian kepada kelas Rise and Fall of Civilization. Selasa dan Khamis adalah hari yang paling mencabar kerana saya perlu menghadiri tiga kelas yang bersambung-sambung dari jam 8:30 pagi hingga 1:20 tengah hari. Selepas solat Zohor saya bergegas pulang ke rumah kerana ada tugasan keluarga yang perlu diselesaikan. Akan tetapi, saya tidak dapat berdiri dan terpaksa mencari bangku untuk duduk di dalam LRT. Selepas melabuhkan diri, saya terus terlelap dan sedar-sedar saya sudah terlepas lebih 4 stesyen. Saya berpatah balik dari Stesyen Taman Paramount untuk ke Masjid Jamek, dan saya tahu, mengantuk saya sudah tidak dapat dikawal.

Selepas Asar, saya biarkan sahaja anak-anak memanjat diri saya seketika, sebelum terlelap. Isteri saya mengejutkan saya untuk bersiap kerana selepas Maghrib, saya perlu memberi Kuliah di Kolej Tun Dr Ismail, di Hospital UKM.
Malam ini saya perlu menyiapkan dua slide untuk ceramah saya di Wad Kecemasan jam 8 pagi esok, serta ceramah untuk ibu bapa pelajar sekolah di Sentul Sabtu ini. Mata berpinar-pinar dan saya tahu saya tidak boleh berangan untuk mencari masa tidur kerana esok, saya akan berceramah, dan kemudian ke pejabat di Damansara Damai dan menghadiri dua mesyuarat dari jam 3 petang hingga 11 malam. Sabtu pula ceramah di waktu siang dan Ahad program sepanjang hari di sebuah sekolah di Jenjarum. Isnin ke kelas semula.

Bila nak qadha' tidur ini?
Dulu saya pernah rasa tertekan kerana sentiasa mencari masa untuk menggantikan waktu tidur. Tetapi akhirnya saya tersedar bahawa waktu tidur saya tidak akan cukup. Dua anak meningkat dewasa, dan Insya Allah hujung tahun ini tiba cahaya mata ketiga, dan rutin bangun malam saya akan diteruskan lagi untuk dua tahun yang akan datang. Kerja-kerja pejabat dan pengajian tidak akan berkurang, di samping kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang serius.

Saya hanya berasa lega apabila mengubah mind setting bahawa janganlah dicari masa untuk mencukupkan tidur, sebaliknya tidurlah sebaik-baiknya pada masa-masa yang kita boleh tidur. Bersyukur dengan apa yang ada.

Kesimpulan saya sebelum melelapkan mata malam ini, jangan sekali-kali menjadikan SIBUK sebagai alasan kerana SIBUK itu adalah nama lain bagi sebuah kehidupan yang bermakna. Ya Allah, janganlah Kau matikan aku semasa aku duduk bergoyang kaki. Allahumma yassir wa laa tu'assir ya Kareem.
-sumber: i luv islam@ healthy lifestyle

DIET RASULULLAH

Allahu Ghayatuna....Arrasul Qudwatuna.....Quran Dusturuna......Jihad Sabiluna..... Syahid Asmaamnina

CARA PEMAKAN RASULULLAH
Disini, ada sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama dengan kawan-kawan.
Tanpa kita sedari, diet pemakanan kita seharian sebenarnya tidak boleh main dibalun begitu sahaja. Itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdul lah Mahmood kata, Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya seharian. Apa kata kita ikut diet ini . Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam … Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

'AKU' YANG DILUPAI

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku.. kau sentuh dalam keadaan suci,Aku.. kau pegang, Aku.. kau junjung dan kau pelajariAku.. engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam bersendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum milo...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu pergi kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.
Di meja tugasmu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaraamu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w .t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja tugasmu. Agar engkau sentiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai





KISAH BERTUDUNG TATAPAN UNTUK SEMUA

Topik: Semasa


Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstrim, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak.

Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka
orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun
masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau
wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didalam dadanya
sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil AlQuran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk
menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang
sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang
ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan orang bertudung semakin ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang
bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah...

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.

Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup
dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka
sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka
mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati
tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan.

Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung
akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup
aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga
menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.

Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak
mampu bertahan & turut hanyut dengan masyarakat disekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.
Wallahu a’lam




--------------------------------------------------------------------------------