Monday, December 21, 2009

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA DIA

Tolong beritahu dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan dia. Aku terpikat kerana iman bukan rupa..


Tolong ingatkan dia.
Aku lebih cintakan zuhud bukan harta..

Tolong ingatkan dia aku mengasihi kerana santun..
Tolong tegur dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan dia, usah ucap sebarang kata di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada dia.

Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada dia,
hubungan akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui di mana dia.. Moga dia menjadi bak seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

1 comment: